Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan

Main Article Content

Khadher Ahmad
Mohd Farhan Md Ariffin
Ishak Suliaman

Abstract

Mutakhir ini, pusat rawatan alternatif berteraskan “rawatan Islam” semakin berkembang sejajar dengan permintaan dan perhatian masyarakat awam. Namun, masih timbul persoalan sama ada semua pusat tersebut menepati ciri-ciri pengubatan Islam yang berteraskan konsep al-Ṭibb al-Nabawī. Melalui metode pemerhatian dan soal selidik, makalah ini meneliti latar belakang pengasas pusat berkenaan serta pandangan mereka terhadap penggunaan jin dalam rawatan penyakit di 70 pusat rawatan alternatif Islam. Hasilnya, didapati latar belakang para pengamal atau pengasas pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti tahap pendidikan, agama, sumber ilmu pengubatan dan keterlibatan dalam pengubatan. Pada masa yang sama juga, mereka turut berbeza pandangan mengenai penggunaan jin sebagai pembantu dalam rawatan penyakit. Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa perlunya sikap berhati-hati ketika mendapatkan khidmat rawatan penyakit di pusat rawatan alternatif Islam kerana tidak semua pusat rawatan mengikut batasan syariat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ahmad, K., Md Ariffin, M. F., & Suliaman, I. (2014). Pusat Rawatan Alternatif Islam di Malaysia Analisis Terhadap Latar Belakang Pengasas dan Isu Penggunaan Jin dalam Rawatan. Jurnal Usuluddin, 40, 71–98. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7484
Section
Articles