Ekstrem dan Melampau dalam Pengistilahan al-Qur’an dan Hadith: Analisis Terhadap Pemahaman daripada Teks

Main Article Content

Khadher Ahmad
Mustaffa Abdullah
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff
Sedek Ariffin

Abstract

Ekstrem dan melampau adalah merujuk kepada perilaku atau tindakan luar daripada kebiasaan. Dalam pengistilahan al-Quran dan hadith, terdapat beberapa istilah yang boleh dikaitkan dengan maksud ekstrem atau melampau. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti istilah-istilah dalam pemakaian teks al-Quran dan al-hadith lalu dikeluarkan pemahaman dan skop penggunaannya dalam teks. Analisis sepenuhnya menggunakan pendekatan induktif dan deduktif supaya dapat dikenalpasti dan dijelaskan maksud keseluruhan pengistilahan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa istilah dalam pemakaian al-Quran yang merujuk kepada maksud ekstrem atau melampau adalah Ta‘lu (ghuluw), Ta‘taddu (melampaui batas) dan Tatghaw (melampaui batas). Manakala dalam hadith pula menggunakan istilah Tanaṭṭu’ (sikap ekstrem), Tashaddud (memberat-berat), Takalluf (memaksa-maksa diri) dan I’tidā’ (melampaui ketentuan syariat). Keseluruhan istilah dalam al-Quran dan hadith tersebut adalah merujuk kepada beberapa bentuk sikap dan tindakan ekstrem atau melampau iaitu melampau dalam aspek ibadah dan pelaksanaannya (seperti solat, puasa dan berdoa), melampau dalam aspek muamalah (seperti aspek halal dan haram berkaitan makanan dan minuman, ikatan perjanjian dan sebagainya), melampau dalam aspek akidah dan juga melampau dalam aspek dosa dan pahala.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ahmad, K., Abdullah, M., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Ariffin, S. (2018). Ekstrem dan Melampau dalam Pengistilahan al-Qur’an dan Hadith: Analisis Terhadap Pemahaman daripada Teks. Jurnal Usuluddin, 46(2), 67–96. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.3
Section
Articles