i. The paper should be within the themes of `Aqīdah, Islamic thought, studies of the Qur'an dan the Hadith, Islamic history and civilisation, or Da`wah and Islamic human development.
ii. The paper should be either in Malay, English or Arabic.
iii. The paper should not exceed 6,000 words, excluding the footnotes.
iv. The paper should be typed using only Times New Roman font version 5 and above for Roman characters, including the transliteration, while Traditional Arabic font should be used for Arabic or Jawi characters. Paragraph formatting and overall presentation should conform to the practice of Journal of Usuluddin, as can be seen in the example paper, Azmil Zainal Abidin, "Asas Keintelektualan Tradisi Kalam AshÄ`irah: Suatu Analisis Metodologikal," Jurnal Usuluddin 35 (January-June 2012), 1-24, which can also be accessed at Journal of Usuluddin Website in UM@E-Journal (http://e-journal.um.edu.my;http://e- journal.um.edu.my/filebank/published_article/4163/Jurnal.Usuluddin.35.2012-02.Azmil.Asha%60irah.pdf).
v. The paper should be attached with brief information about the author(s), namely full name(s) highest academic achievement, attachment to any scholarly institution or organisation and e-mail.
vi. The paper should be supplemented with (a) titles; (b) abstracts not exceeding 150 words and; (c) keywords not exceeding seven terms, both in Malay and English.
vii. The paper should be scholarly. Transliteration should be used in the Romanisation of Arabic words. The transliteration, basically, should follow the Romanisation style of American Library Association - Library of Congress or ALA-LC Romanisation Tables (http://www.loc.gov/catdir/cpso/roman.html;http://www.loc.gov/catdir/cpso/romanization/arabic.pdf).
viii. The paper should use only a footnote system, and neither an in-text note nor an endnote. The footnote, basically, should follow either the 16th Chicago Style (http://www.chicagomanualofstyle.org;http://www.chicagomanualofstyle.org/tools_citationguide.html).
ix. The paper should be submitted in the digital file form "*.doc" which would be compatible for the computer application Microsoft Word 2010. Submission should be e-mailed to jurnalusuluddin@um.edu.my or wanadli@um.edu.my.
x. The published paper shall be a copyright of the Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.
xi. The published paper would not represent the stand or opinion of the Advisory Board, Editorial Board, the Management Team of Journal of Usuluddin, or the Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
xii. The author is fully responsible for the perspectives of the published paper.
Garis Panduan Pengiriman Makalah
i. Makalah hendaklah dalam bidang akidah, pemikiran Islam, pengajian al-Qur'an dan al-Hadith, sejarah dan tamadun Islam serta dakwah dan pembangunan insan.
ii. Makalah hendaklah dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Arab sahaja. Makalah dalam bahasa Melayu hendaklah menggunakan ejaan Kamus Dewan edisi ke-4 atau Gerbang Maya Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa Dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my).
iii. Makalah hendaklah tidak melebihi 6,000 patah perkataan, tidak termasuk nota kaki.
iv. Makalah hendaklah ditaip menggunakan aksara atau fon Times New Roman versi 5 dan ke atas bagi tulisan rumi, termasuk aksara bagi transliterasi. Manakala aksara atau fon Traditional Arabic hendaklah digunakan bagi tulisan Arab atau jawi. Susunan perenggan dan bentuk serta format persembahan hendaklah selaras dengan amalan Jurnal Usuluddin seperti yang dapat diperhatikan daripada contoh makalah Azmil Zainal Abidin, "Asas Keintelektualan Tradisi Kalam Asha`irah: Suatu Analisis Metodologikal," Jurnal Usuluddin 35 (Januari-Jun 2012), 1-24, yang boleh juga dicapai daripada Laman Sesawang Jurnal Usuluddin di UM@E-Journal (http://e-journal.um.edu.my; http://e- journal.um.edu.my/filebank/published_article/4163/Jurnal.Usuluddin.35.2012-02.Azmil.Asha%60irah.pdf).
v. Makalah hendaklah disertakan dengan maklumat ringkas penulis, nama penuh, pencapaian akademik tertinggi, keanggotaan dalam mana-mana institusi atau organisasi ilmiah dan e-mel.
vi. Makalah hendaklah didahului dengan dengan (a) tajuk; (b) abstrak yang tidak melebihi 150 patah perkataan dan; (c) kata kunci yang tidak melebihi tujuh istilah, dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kedua-duanya sekali.
vii. Makalah hendaklah bersifat penulisan ilmiah. Transliterasi hendaklah digunakan bagi perumian perkataan bahasa Arab. Transliterasi, secara asasnya, hendaklah mengikut gaya perumian American Library Association - Library of Congress atau ALA-LC Romanization Tables (http://www.loc.gov/catdir/cpso/roman.html;http://www.loc.gov/catdir/cpso/romanization/arabic.pdf).
viii. Makalah hendaklah menggunakan sistem nota kaki sahaja, bukan nota dalam teks atau nota hujung. Nota kaki, secara asasnya, hendaklah mengikut gaya Chicago edisi ke-16 (http://www.chicagomanualofstyle.org;http://www.chicagomanualofstyle.org/tools_citationguide.html).
ix. Makalah hendaklah dikirim dalam bentuk fail digital "*.doc" yang sesuai untuk perisian komputer Microsoft Word 2010 sahaja. Kiriman hendaklah kepada e-mel jurnalusuluddin@um.edu.my atau wanadli@um.edu.my.
x. Makalah yang diterbitkan menjadi hak cipta Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
xi. Makalah yang diterbitkan tidak semestinya mewakili pandangan Lembaga Penasihat, Sidang Editor dan Pengurusan Jurnal Usuluddin atau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
xii. Penulis bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sudut pandangan makalah yang diterbitkan