Kualiti Individu dalam Pembangunan Insan Menurut Kerangka ‘Ulūm Al-Ḥadīth: Satu Analisis

Main Article Content

Khadher Ahmad

Abstract

Kredibiliti seorang perawi amat dititikberatkan dalam periwayatan hadith. Para perawi hadith telah dinilai dengan satu kerangka penilaian yang ketat, tegas dan terperinci dalam kalangan ulama hadith (muhaddithīn) bagi memastikan kualiti sesuatu hadith yang dibawa. Keadaan ini menunjukkan kepada peri penting kualiti seorang individu dalam memastikan sesuatu berita yang dibawa sama ada boleh diterima ataupun ditolak. Melalui pendekatan analisis induktif dan deduktif, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan kualiti individu yang boleh dibangunkan dan dicadangkan melalui kerangka penilaian dalam ‘Ulūm al-Ḥadīth sebagai kriteria yang perlu diberikan keutamaan dalam pembangunan insan. Hasil kajian mendapati dalam kerangka ‘Ulūm al-Ḥadīth, terdapat beberapa perkara penting yang sangat diberikan perhatian bagi memastikan krebiliti perawi iaitu [1] Pengetahuan yang terperinci tentang latar belakang perawi; [2] Penilaian terhadap perawi dari aspek al-Jar wa al-Ta‘dīl; [3] Penetapan kriteria dan ciri perawi yang konsisten tanpa sebarang pertikaian; [4] Penetapan Kredibiliti Penerima Hadith; [5] Penilaian terhadap ketepatan maklumat yang dibawa dan disebarkan. Kesimpulannya, dengan adanya kriteria ini, secara tidak dapat membantu dalam menetapkan aspek dan kriteria penting terhadap kualiti individu yang lebih holistik dan fleksibel dalam pembangunan Insan.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ahmad, K. (2019). Kualiti Individu dalam Pembangunan Insan Menurut Kerangka ‘Ulūm Al-Ḥadīth: Satu Analisis. Jurnal Usuluddin, 47, 49–72. https://doi.org/10.22452/usuluddin.sp2019no1.3
Section
Articles