MENSINTESIS STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR BMPK SYNTHESIZE OF MALAY LANGUAGE LEARNING STRATEGIES AMONG BMPK STUDENTS

Main Article Content

Hasnah Hassan
Nurul Haniza Samsudin
Simah Mamat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis strategi pembelajaran yang diguna pakai oleh pelajar Bahasa Ketiga di dua buah sekolah menengah yang menawarkan Bahasa Melayu Program Khas (BMPK). Kajian ini melibatkan 44 orang pelajar yang dipilih dari dua buah sekolah, iaitu Pusat Bahasa Kementerian Pelajaran, Bishan dan Sekolah Menengah Tampines. Kajian melalui temu bual digunakan sebagai instrumen untuk mendapatkan data strategi pembelajaran bahasa Melayu daripada responden pelajar Bahasa Ketiga. Strategi Pembelajaran O’Malley dan Chamot (2002) merujuk metakognitif sebagai pertama, pengetahuan tentang proses kognitif dan kedua, peraturan kognitif atau pengurusan kendiri melalui proses seperti merancang, memantau dan menilai. Strategi Pembelajaran ini
digunakan untuk pengelasan strategi pembelajaran Bahasa Ketiga secara mendalam. Dapatan kajian yang diperoleh melalui proses transkripsi data menunjukkan strategi pembelajaran responden pelajar dan penggunaan strategi guru lebih banyak menggunakan strategi terjemahan berbanding strategi pembelajaran yang lain. Berdasarkan dapatan temu bual responden pelajar, strategi Bertanya Untuk Penjelasan paling banyak digunakan, iaitu 23.15% manakala strategi responden guru pula strategi Kerjasama paling banyak digunakan iaitu 18.57%. Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak yang menggubal kurikulum BMPK, pihak yang mengelolakan buku teks bahasa Melayu untuk pelajarpelajar BMPK dan pelajar-pelajar asing yang mengambil bahasa Ketiga dan  juga tenaga pendidik yang mengajar BMPK.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hasnah Hassan, Nurul Haniza Samsudin, & Simah Mamat. (2024). MENSINTESIS STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR BMPK: SYNTHESIZE OF MALAY LANGUAGE LEARNING STRATEGIES AMONG BMPK STUDENTS. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 7(1), 115–139. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/56719
Section
Articles

References

Abdul Rahman, N. (2015). Tahap kesediaan terhadap pembelajaran arahan kendiri dan hubungannya dengan jenis psikologi pelajar kolej komuniti di Pulau Pinang. (Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan). Univesiti Sains Malaysia.

Cheah, K. S., & Hiew, Y. F. (2022). Penerokaan strategi guru untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar di dua sekolah vernakular Cina, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(3), 50-67.

Ellis, R. (1997). Second language acquisition. Hong Kong: Oxford University Press.

Ibrahim, A. R., Mahamod, Z., & Mohammad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.

Kamaruddin, H. (1996). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Krashen, S. & Scarcella, R. (1978). On routines and patterns in language acquisition and performance. Language learning, 28(2), 283-300.

Laporan Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu 2005, Kementerian Pendidikan Republik Singapura.

Jawatankuasa Semakan Kurikulum dan Pedagogi Bahasa Melayu (2005).

O’Malley, J. M. & Chamot, A. U. (2002). Learning strategies in second language acquisition. Cambaridge University Press.

Mat Teh, K. S. & Amin, M. (2009). Strategi memori dan kognitif: Penggunaannya dalam pembelajaran bahasa Arab. Malaysian Education Deans’ Council Journal, 3(1), 76-86.

Mat Yusoff, A. & Abdul Rahim, M. H. (2022). Kesan strategi metakognitif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran belajar: A systematic literature review. International Journal of Management, Accounting, Governance and Education, 1(3), 29-40.

Mohammad, M. (2018). Mereka bentuk strategi metakognitif berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi untuk pengajaran dan pembelajaran bacaan Bahasa Melayu (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Afandi, A. N., Zaini, A. R., & Norul‘Azmi, N. A. (2023). Strategi Kognitif Dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua: Relevansi dan Impak. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik, 5(1), 63-74.

Nik Abdul Kadir, N. H. B. (2003). Teori bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Taisin, N. J. (2018). Keberkesanan teknik pengajaran dan Pembelajaran bahasa Kadazandusun dalam kalangan guru bahasa Kadazandusun sekolah rendah. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, 363-376.

Tee, Y. H. & Amran, M. S. (2021). Tinjauan sistematik pembelajaran koperatif menggunakan kaedah jigsaw dalam penulisan bahasa. Sains Insani, 6(2).

Yunos, M., Akmal, M. A., & Atan, N. A. (2014). Strategi pembelajaran kolaboratif dalam persekitaran autentik bagi pembentukan kemahiran proses sains asas prasekolah menerusi Teknologi Apps. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik, 11-13.