PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU: PANDEMIK COVID-19 INFORMATION COMMUNICATION AND TECHNOLOGY (ICT) INTEGRATION IN MALAY LANGUAGE EDUCATION: COVID-19 PANDEMIC

Main Article Content

Logambigai Bakthaselvan
Muhammad Saiful Haq Bin Hussin
Wong Seng Yue

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan
Bahasa Melayu. Artikel ini berfokus kepada pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pendidikan Bahasa Melayu. Wabak pandemic Covid-19 telah menyebabkan perintah
kawalan pergerakan diisytiharkan dan pembelajaran secara talian diimplikasikan di seluruh dunia. TMK
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran secara maya kerana proses pengajaran dan
pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada teknolgi. Para guru telah mengaplikasikan pembelajaran
abad ke-21 untuk meningkatkan penguasaan kemahiran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Justeru
itu, pembelajaran berpusatkan pelajar telah difokuskan dan para guru boleh menggunakan kreativiti
sendiri untuk membina bahan bantu mengajar yang interaktif. Pengintegrasian TMK dalam pendidikan
Bahasa Melayu terbukti memberi impak positif apabila para pelajar dan guru mudah menyesuaikan
diri dengan TMK dan pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Artikel ini merumuskan bahawa
pada abad ke-21 ini, TMK merupakan keperluan yang mustahak dalam bidang pendidikan dan para
guru harus memberikan usaha yang terbaik untuk mengintegrasikan pendekatan pengajaran interaktif
untuk memperkasakan potensi pembelajaran dalam kalangan pelajar.



Kata Kunci: TMK, Pandemik Covid-19, pendidikan, Bahasa Melayu, pembelajaran dalam talian


 


This article highlights the Information Communication and Technology (ICT) in Malay language
education. This paper aims to integrate Information Communication and Technology (ICT) into Malay
language education. The Covid-19 pandemic impacted lockdowns and online learning implemented
worldwide. ICT is vital in virtual learning because the teaching and learning process entirely depends
on technologies. Teachers implemented the 21st-century teaching strategies to improve the Malay
language skill of students. Thus, centralised student learning is focused, and teachers can use their
creativity to create interactive learning materials. The positive impact of ICT in Malay language
education has proven that students and teachers adapted to ICT, and students actively participated in
classes. This study implies that in this 21st century, ICT is a must in education, and teachers must give
their best to integrate creative teaching techniques to enhance the learning potential among students.



Keywords: ICT, Covid-19 pandemic, education, Malay language, online learning

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Logambigai Bakthaselvan, Muhammad Saiful Haq Bin Hussin, & Wong Seng Yue. (2022). PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU: PANDEMIK COVID-19: INFORMATION COMMUNICATION AND TECHNOLOGY (ICT) INTEGRATION IN MALAY LANGUAGE EDUCATION: COVID-19 PANDEMIC. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 5(1), 55–68. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/40302
Section
Articles