Pembangunan Sahsiah Melalui Kefahaman al-Ibtila'

Main Article Content

Rohaida Mohammed Dawam
Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman

Abstract

Secara teorinya, keyakinan terhadap al-Ibtila’ berperanan meningkatkan keimanan dan ketakwaan seorang Muslim terhadap Allah SWT apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang mengejutkan dalam kehidupannya. Isunya ialah kemungkinan ada umat Islam yang sering kali tersalah anggap atau keliru dengan maksud al-Ibtila’ atau ujian Allah yang sebenar. Mungkin ada yang menyangka bahawa ujian Allah hanyalah berupa musibah, malapetaka, tragedi, bala bencana atau segala bentuk kesusahan. Selain itu, ada juga umat Islam yang tersalah faham dalam menerima al-Ibtila’. Berlatarbelakangkan kesamaran ini, suatu kajian dilakukan terhadap mangsa banjir besar di Temerloh, Pahang pada tahun 2014 untuk melihat kaitan antara kefahaman mereka terhadap alIbtila’ dengan pegangan nilai agama yang murni dan pembangunan sahsiah. Hasil kajian mendapati mangsa banjir yang ditemui mengalami peningkatan sifat sabar, reda dan nilai-nilai baik lain yang diajar oleh agama berikutan pengalaman menerima ujian Allah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohammed Dawam, R., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2016). Pembangunan Sahsiah Melalui Kefahaman al-Ibtila’. Jurnal Usuluddin, 44, 23–44. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.2
Section
Articles