Kesan Kefahaman Konsep Takdir Terhadap Pembangunan Modal Insan
Main Article Content
Abstract
Keimanan terhadap qada dan qadar yang merupakan Rukun Islam keenam amat penting dibincangkan dalam usaha untuk melihat hubungan antara kefahaman seseorang individu tentang konsep takdir dengan pembangunan dirinya sebagai modal insan. Tahap keimanan dan kefahaman terhadap qada dan qadar sama ada disedari mahupun tidak akan mempengaruhi cara berfikir dan bertingkahlaku seseorang Muslim, justeru ia akan memberi kesan kepada projek pembangunan modal insan yang diperjuangkan oleh negara Malaysia. Artikel ini akan menbincangkan persoalan takdir menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan hubungan antara kefahaman terhadap takdir dengan pembentukan pemikiran dan tingkah laku seseorang pekerja Muslim dalam usaha membentuk pembangunan modal insan yang selaras dengan kehendak Islam dan negara.