Pertimbangan Teoretikal dalam Proses Tajdid Semasa
Main Article Content
Abstract
Tajdid terus-terusan menjadi wacana dalam pemikiran Islam semasa, termasuk kalangan Muslim yang liberal atau literal. Kesannya, salah faham terus berlaku di kalangan umat. Menggunakan pendekatan preskriptif berdasarkan sumber utama Islam, makalah ini meneliti semula konsep asas tajdid sebagai kefahaman semula ajaran asal Islam, dan bukan memperbaharui ajaran tersebut mengikut perubahan masa. Dengan itu, perubahan dalam tajdid merujuk kepada manusia, dan bukan modenisasi isi ajaran Islam itu sendiri. Demi kebenaran ini, keutamaan dalam proses tajdid perlu ditentukan secara adil, tanpa mengabaikan sama ada aspek teoretikal atau praktikalnya. Berdasarkan falsafah yang betul, diharap proses tajdid untuk berupaya memacu kemajuan ummah berdasarkan kayu ukur yang tepat. Akhirnya, makalah ini mendapati pertimbangan teoretikal ini perlu didahulukan sebelum sebarang gerak kerja praktikal diusahakan.