Falsafah Ilmu Islam dalam Aplikasi Praktikal
Main Article Content
Abstract
Falsafah ilmu dalam Islam bukan suatu perkara teoretikal dan konseptual semata-mata yang tidak boleh diaplikasikan secara praktikal untuk faedah kesejahteraan manusia. Walau bagaimanapun, bentuk pengaplikasian falsafah ilmu dalam kehidupan mungkin kelihatan kabur bagi sesetengah orang. Berlatarbelakangkan cabaran ini, makalah ini membentangkan asas falsafah ilmu, khususnya aspek takrifnya, seperti yang dapat dinukilkan daripada tokoh ulama Melayu masyhur iaitu Dāwūd bin Wān ‘Abd Allāh al-Faṭānī dan Zayn al-‘Ābidīn bin Muḥammad al-Faṭānī. Seterusnya, perbincangan merumuskan perkaraperkara asas yang menjadi tunjang konsep ilmu menurut Islam agar seterusnya dapat diaplikasikan dalam konteks kehidupan. Pengaplikasian yang dilakukan mengambil contoh pemilikan harta dan hubungan sesama manusia agar dapat dilihat dengan jelas dan terang bentuk kegunaan falsafah ilmu dalam hidup ini. Berdasarkan perbincangan ini, dapat ditonjolkan kepentingan falsafah ilmu kepada kesejahteraan manusia. Penonjolan ini bermanfaat agar falsafah ilmu tidak diabaikan begitu sahaja, yang boleh mengakibatkan kerosakan dalam hidup di dunia dan Akhirat.