Kemunduran Masyarakat Melayu: Pandangan Majalah Al-Islah
Main Article Content
Abstract
Kemunduran orang Melayu adalah isu yang seringkali diungkapkan dan dari semasa ke semasa sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pelbagai usaha dan rancangan telah dilaksanakan. Baik dari pihak kerajaan mahupun orang perseorangan cuba mencari punca dan penyelesaian bagi mengatasi permasalahan ini. Majalah al-Islah (Feb 1970 – Ogos 1974) turut sama membincangkan isu kemunduran orang Melayu ini dalam terbitannya sekitar tahun 70-an. Justeru itu, kertas ini akan memaparkan perbincangan majalah al-Islah mengenai isu kemunduran yang banyak dipengaruhi oleh salah faham orang Melayu terhadap ajaran agama Islam, dan juga akan mengenegahkan faktorfaktor yang menyebabkan orang Melayu terjerumus dalam kemunduran berdasarkan pandangan dan kritikan penulispenulis artikel majalah al-Islah. Kesimpulannya, kertas ini mencadangkan beberapa perkara yang harus dititikberatkan dalam usaha membangunkan minda dan tindakan orang Melayu di Malaysia berdasarkan majalah al-Islah.