Haji Yusof Rawa dan Penerbitan Majalah al-Islah (1970-1974)

Main Article Content

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
Hamidah Jalani

Abstract

Artikel ini membincangkan penglibatan Haji Yusof Rawa dalam gerakan islah di Tanah Melayu. Perbincangan dalam artikel ini merangkumi biodata ringkas dan keterlibatan beliau dalam usaha-usaha islah melalui penulisan. Setelah itu, sejarah penerbitan majalah al-Islah juga dibincangkan dalam artikel ini disamping menjelaskan isi kandungan utama majalah yang sarat memuatkan idea-idea islah. Dapatlah disimpulkan bahawa Haji Yusof Rawa banyak menegur dan menyaran pembaharuan masyarakat Islam di Tanah Melayu melalui penerbitan majalah al-Islah. Ramai di kalangan membaca dan pendokong islah dalam dekad 70-an merasa gembira dengan kehadiran majalah al-Islah dan berharap penerbitannya dapat diteruskan namun oleh kerana kekanggan dan halangan tertentu majalah al-Islah terpaksa diberhentikan penerbitannya pada 1974. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abdul Hamid, F. @ A. F., & Jalani, H. (2018). Haji Yusof Rawa dan Penerbitan Majalah al-Islah (1970-1974). Jurnal Usuluddin, 46(2), 147–166. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.6
Section
Articles