Pemikiran Politik Nā’ilah Hāshim Ṣabrī dalam al-Mubṣir li Nūr al-Qur’ān: Tumpuan Terhadap Pembebasan Bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa
Main Article Content
Abstract
Isu pembebasan bumi Palestin merupakan isu dan permasalahan umat Islam sejagat. Signifikan isu tersebut untuk diketengahkan kerana ia berkait rapat dengan bumi Palestin yang secara khusus menyentuh permasalahan sejarah dan kesucian Masjid al-Aqsa. Justeru, kajian berbentuk analisis kualitatif ini bertujuan menganalisis interpretasi pemikiran politik Nā’ilah Hāshim Ṣabrī menerusi karyanya al-Mubṣir li Nūr al-Qur’ān, yang digarap daripada kefahaman ayat-ayat berkaitan permasalahan tersebut dalam al-Quran. Hasil analisis kajian menunjukkan, garapan pemikiran sosok tubuh tokoh pendakwah dan mufassirah ini konsisten menerapkan elemen pemikiran politik dengan mengangkat isu-isu signifikan dan kekinian yang berkaitan khusus dengan isu pembebasan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa.