DESKRIPSI PERGERAKAN TARIAN BERJALAN DALAM DIMENSI HORIZONTAL DAN VERTIKAL PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG DESCRIPTION OF DANCE MOVEMENTS IN THE WALKING DANCE WITHIN HORIZONTAL AND VERTICAL DIMENSIONS OF TRADITIONAL MEK MULUNG THEATER PERFORMANCE
Main Article Content
Abstract
Penulisan ini menguraikan deskripsi pergerakan Tarian Berjalan dalam dimensi horizontal dan vertikal dalam konteks persembahan teater tradisional Mek Mulung. Tarian Berjalan merupakan sebuah segmen tarian yang dipersembahkan selepas lagu Gerak Timpuh, diiringi oleh muzik instrumental tanpa vokal dalam bahagian pra persembahan Mek Mulung. Deskripsi pergerakan Tarian Berjalan ini melibatkan empat bahagian tarian dan lagu instrumental yang terdapat dalam prolog, iaitu Tarian Puteri Mabuk, Tarian Anak Menora, Tarian Gambang, dan Tarian Sendayung, yang ditarikan dalam formasi bulatan atau lingkaran. Setiap tarian mempersembahkan gerakan tangan dan kaki yang spesifik, diiringi oleh muzik tertentu, dengan tujuan untuk mencapai objektif kajian berkaitan penstrukturan pergerakan tari dalam seni persembahan teater tradisional Mek Mulung. Penyelidikan ini menggunakan analisis teori
Struktur Tarian oleh Giurchescu (1992) dan pendekatan Kaeppler (2007) terhadap struktur tarian, yang mencakupi analisis pergerakan serta persembahan dari perspektif horizontal dan vertikal. Reka bentuk penyelidikan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini, dengan pengumpulan data melalui kaedah kajian kes, temubual, pemerhatian turut serta, dan penelitian dokumen. Dapatan kajian ini
menumpukan kepada penghasilan proses kerja kreatif dan penstrukturan pergerakan tari dalam Tarian Berjalan dalam persembahan teater tradisional Mek Mulung.
Downloads
Article Details
References
Giurchescu, A. (1992). Romanian Tradistional Dance, A Contextual and Srtuctual Approach. Romania: Publishing House Express.
Nur Izzati, J. (2024). Mek Mulung: Bangkitnya Warisan Turun-Temurun (A Heritage Rediscovered). Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Kadir, Z. A. (2014). Mek Mulung Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia.
Kaeppler, A. L. (2007). Dance Structures Perspectives on The Analysis of Human Movement. Canada: Akademia Kiado.
Kamarul, B. (2017, 08 16). Alatan Muzik dan Lagu-lagu Mek Mulung. (Khairul Anuar Zainudin, penemubual)
Toh, L. C. (2006). Alat Muzik dan Lagu dalam Muzik Mek Mulung. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, Vol. 5, 69–115. https://ejournal.usm.my/wacanaseni/article/view/ws-vol5-2006-5
Zahari, Z. (2019). Pemuliharaan Mek Mulung Melalui Struktur Persembahan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zahari, Z. & Yusoff, M. Y. M. (2022). Persembahan Tradisional Mek Mulung di Malaysia: Perubahan Struktur Persembahan. Jurnal Melayu Sedunia. Vol. 3. No. 1 (2022), 100-121.