KONSEP BUDI DAN CABARAN SEMASA

Main Article Content

Rais Yatim

Abstract

Dalam kesibukan manusia kini, terlalu banyak isu kehidupan yang dilangkaui, tertinggal atau ditinggalkan.Tabii manusia berlumba-lumba mendapatkan kekayaan, kuasa atau kejayaan amat ketara dan lantas meremehkan banyak aspek kehidupan. Masyarakat kita terjebak dengan dilema memilih cara hidup yang mampu menegakkan nilai-nilai tinggi kehidupan. Dalam pertembungan beginilah soal budi di kalangan masyarakat amat penting dan perlu diberikan perhatian. Pada masa yang sama konsep budi perlu dinilai i semula peranan dan keupayaannya. Budi dan amalan usang di alam Melayu yang membendung kehidupan semenjak zaman purba lagi tidak mampu mengubah isu nilai dan cara hidup materialistik. Rakyat Malaysia didapati semacam sudah mabuk dengan citarasa dan gaya hidup moden sehingga budi itu tidak dikenali lagi, tidak diterima untuk diajarkan lagi dan juga tidah berapa diacuhkan lagi. Budi terkait dengan budaya hidup; dengan cara berfikir, cara bercakap, cara bergaul dan seterusnya sikap suka yang benar dan kebersihan. Hasilnya terpampang di depan mata: bilik air dan tandas kotor dan busuk, wujudnya budaya buli di sekolah, kecenderungan perbuatan mencuri, kurang ajar semasa di jalan raya, merosakkan harta awam dengan iringan perbuatan negatif yang lain. Budi bukan hanya setakat sifat suka memberi, menolong, peramah, berjiwa murni dan sebagainya. Hidup berbudi menjangkau jauh daripada pemahaman biasa dan sesuai dengan konsep Melayu itu yang pernah diiktiraf oleh Inggeris sebagai Gentleman of the East.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Yatim, R. (2021). KONSEP BUDI DAN CABARAN SEMASA. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 1–9. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34271
Section
Articles