Takdir Islam: Jambatan Peradaban Antara Timur dengan Barat

Authors

  • Osman Bakar

Abstract

Jika kita perhatikan peta geografi dunia kini, kita dapat melihat bahawa bahagian bumi secara tradisinya dikenali umum sebagai dunia Islam (dar al-islam) betul-betul berada di ‘tengah-tengah’ dunia. Ke-sebelah timurnya di Negara-negara Cina, Mongolia, Korea, dan Jepun. Ke sebelah baratnya Eropah dan Amerika yang pernah disebut oleh Rene Guenon sebagai “Barat Jauh”. Ke sebelah utaranya pula Rusia manakala ke sebelah selatanya Australasia dan bahagianya benua Afrika di bawah garis khatulistiwa. Dunia Islam yang kami maksudkan adalah sebahagian bumi yang majoriti penduduknya terdiri daripada para penganut agama Islam. Bahagian bumi ini terbentang luas dari Maghribi di hujung baratnya hinggalah ke Indonesia di hujung timurnya dan dari hujung utaranya yang mencecah Rusia hinggalah ke hujung selatannya yang melampaui Pulau Comoros di Lautan Hindi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2018-01-26

How to Cite

Bakar, O. (2018). Takdir Islam: Jambatan Peradaban Antara Timur dengan Barat. KATHA- The Official Journal of the Centre for Civilisational Dialogue, 2(1), 23–40. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/KATHA/article/view/10642

Issue

Section

Research Article