Pengintegrasian Pendidikan Islam dengan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Analisis Terhadap Adaptasi Pendekatan Integrasi Kurikulum Holistik

Main Article Content

Abd Aziz Rekan
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim
Yusmini Md Yusoff.

Abstract

Pengintegrasian nilai-nilai agama dengan komponen alam sekitar dalam sistem pendidikan di sekolah merupakan antara penyumbang terhadap pembangunan masyarakat lestari. Seseorang individu bukan sahaja dibangunkan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap positif terhadap alam sekitar, bahkan usaha tersebut perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai-nilai ketuhanan agar memahami fungsinya sebagai hamba dan khalifah Allah. Justeru, Artikel ini mengetengahkan idea konseptual mengenai aplikasi pendekatan integrasi kurikulum holistik terhadap pengintegrasian pendidikan alam sekitar dengan pendidikan Islam di sekolah. Hasil analisis memaparkan bahawa pendekatan integrasi kurikulum secara teknikal yang dibawa oleh Robin Fogarty adalah menepati prinsip dan roh Islam dalam menyepadukan pelbagai ilmu dalam sistem pendidikan di sekolah. Nilai eko-etika Islam dilihat bukan sahaja dapat diketengahkan secara komprehensif bahkan bersepadu dengan elemen saintifik dan disiplin ilmu lain berdasarkan adaptasi pendekatan tersebut. Cadangan adaptasi model ini diharapkan dapat membantu para guru dalam membangunkan pengetahuan kandungan pedagogi integrasi kurikulum di sekolah sama ada secara formal mahupun tidak formal.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Rekan, A. A., Tengku Kasim, T. S. A., & Md Yusoff., Y. (2016). Pengintegrasian Pendidikan Islam dengan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Analisis Terhadap Adaptasi Pendekatan Integrasi Kurikulum Holistik. Jurnal Usuluddin, 44, 117–140. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.5
Section
Articles