Terminologi Takwil Menurut al-Māturīdī dan al-Ṭabarī

Main Article Content

Aisyah Dollah @ Abdullah
Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff
Nurul Zakirah Mat Sin.

Abstract

Penemuan tafsir Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah karangan Abū Manṣūr alMāturidī (w.333H/944M) telah membuka dimensi baru dalam disiplin ilmu tafsir. Al-Māturidī yang lebih terkenal sebagai pengasas mazhab Maturidiyah ini pernah hidup sezaman dengan seorang tokoh yang terkenal di bidang tafsir iaitu Muḥammad bin Jarīr al-Ṭabarī (w.310H/921M) pengarang Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān atau lebih dikenali dengan Tafsīr al-Ṭabarī. Meskipun tiada catatan sejarah yang menunjukkan bahawa kedua tokoh ini pernah bertemu, namun keduanya sama ada secara sengaja atau tidak telah menggunakan istilah takwil pada tajuk karya masing-masing. Situasi ini telah menarik perhatian pengkaji untuk mengemukakan terminologi takwil menurut alMāturidī dan al-Ṭabarī menerusi karya Ta’wīlāt Ahl al-Sunnah dan Jāmi‘ al-Bayān ‘an Ta’wīl Āy al-Qur’ān di mana hasil dapatan kajian menemukan bahawa terdapat titik temu pada kedua pengarang ini dalam mengaplikasikan terminologi takwil dalam karya masing-masing. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Dollah @ Abdullah, A., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Mat Sin., N. Z. (2016). Terminologi Takwil Menurut al-Māturīdī dan al-Ṭabarī. Jurnal Usuluddin, 44, 1–22. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.1
Section
Articles