Model Integrasi Faktor Insaniah dalam Pelaksanaan ISO 9000: Analisis dari Perspektif Islam
Main Article Content
Abstract
Kajian mengenai ISO 9000 menjadi topik popular dalam kalangan sarjana pengurusan kualiti. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas lebih menjurus kepada langkah-langkah pelaksanaan, aspek teknikal, motif, cabaran dan faedah. Manakala aspek mengenai budaya dan kemanusiaan masih amat kurang dikaji. Faktor kemanusiaan atau insaniah semakin mendapat perhatian dalam kalangan sarjana kerana keupayaannya untuk membawa kesan signifikan kepada keberkesananan dalam melaksanakan pelbagai program pengurusan. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan model yang menggambarkan integrasi faktor insaniah dalam perlaksanaan ISO 9000 yang dibincangkan dari perspektif Islam. Hasil kajian telah mengenal pasti enam faktor insaniah dalam pelaksanaan ISO 9000 iaitu kepimpinan, latihan dan pendidikan, kerjasama, fokus kepada pelanggan, ganjaran dan komunikasi. Faktor insaniah yang diketengahkan memerlukan penyelarasan-penyelarasan tertentu agar ia selari dengan kehendak Islam. Integrasi faktor insaniah akhirnya berupaya membawa impak positif iaitu pelaksanaan ISO 9000 yang berkesan. Model ini boleh digunakan oleh para pengurus sebagai panduan untuk meningkatkan keberkesanan perlaksanaan ISO 9000 di organisasi masing-masing.