Fakhr al-Dīn al-Rāzī’s Thought on al-Ism al-A‘ẓam of Allah
Main Article Content
Abstract
Makalah ini membincangkan al-Ism Allāh al-A‘ẓam berdasarkan huraian dan interpretasi Imām Fakhr al-Dīn Al-Rāzī (m. 606) tentang nama Allah yang agung dalam kitabnya Lawāmi‘ al-Bayyināt Sharḥ Asmā’ Allāh Ta‘ālā wa al-Ṣifāt2 dan kitab tafsirnya Mafātīḥ al-Ghayb3 . Pandangan beberapa ulama mutakallimin mengenai isu ini juga akan turut dikemukakan sebagai perbandingan. Ini adalah untuk melihat kesatuan fikrah dan kesinambungan huraian ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menyentuh isu ini, bermula dari al-Zajjāj (m. 311 H) hingga Fakhr al-Dīn al-Rāzī (m. 606H). Kerana ada persamaan fakta yang dinyatakan. Antara perkara-perkara yang akan disentuh dalam kajian ini ialah pandangan ulama tentang al-Ism Allāh al-A‘ẓam dari sudut makna dan penentuan nama-nama tersebut. Selain itu, Makalah ini juga mengkaji dalil dan hujah yang digunapakai oleh para ulama bagi menyokong pendapat mereka dalam isu ini berdasarkan kitab al-Rāzī. Makalah ini menyimpulkan bahawa al-Ism Allāh al-A‘ẓam ialah nama Allāh berdasarkan hujah-hujah al-Qur’an, al-Sunnah dan akal.