Perbahasan Baik (al-Ḥuṣn) dan Buruk (al-Qubḥ) Menurut Ashā‘irah dan Mu‘tazilah
Main Article Content
Abstract
Perbahasan mengenai baik (al-ḥusn) dan buruk (al-qubḥ) merupakan antara topik yang menjadi perdebatan ulama kalam khususnya dari aliran Asha‘irah dan Mu‘tazilah. Ia menjadi antara topik utama dalam penulisan mereka kerana persoalan baik-buruk bukan sekadar membabitkan soal nilai semata-mata tetapi lebih jauh mencakupi aspek perbuatan Allah (af‘āl Allāh) dan kekuasaan-Nya dan perbuatan hamba (af‘āl al-‘ibād) serta had keupayaan mereka. Kefahaman berkenaan pendirian kedua-dua aliran ini berkenaan baik-buruk khususnya dalam persoalan sumber membolehkan seseorang memahami asas epistemologi Asha‘irah dan Mu‘tazilah dan kayu ukur serta panduan yang digunakan oleh mereka dalam menetapkan sesuatu pandangan. Justeru makalah ini membincangkan perbahasan baik dan buruk menurut Asha‘irah dan Mu‘tazilah dan analisis terhadap kedua-dua perspektif berkenaan. Boleh dirumuskan bahawa Mu‘tazilah menetapkan baik dan buruk berdasarkan kepada zat manakala Asha‘irah berpandangan baik buruk merupakan perkara ‘itibārī yang ditentukan oleh Allah SWT. Berasaskan hujahan di atas Mu‘tazilah meletakkan akal sebagai sumber utama dalam menilai baik dan buruk manakala Asha‘irah sebaliknya meletakkan syariat sebagai panduan utama. Pandangan yang dikemukakan oleh Asha‘irah dilihat menepati dan selari dengan perspektif akidah Islam yang sebenar apabila meletakkan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT mendahului peranan terhad akal dalam setiap perkara termasuklah dalam penentuan baik dan buruk.
Downloads
Download data is not yet available.
Article Details
How to Cite
Che Nordin., M. K. N. (2015). Perbahasan Baik (al-Ḥuṣn) dan Buruk (al-Qubḥ) Menurut Ashā‘irah dan Mu‘tazilah. Jurnal Usuluddin, 42, 1–24. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol42no1.1
Issue
Section
Articles