Karya Tafsīr al-Imām al-Shāfi‘ī: Tinjauan Kepentingannya dalam Kehidupan Umat Islam di Malaysia

Main Article Content

Nornajwa Ghazali
Mustaffa Abdullah.

Abstract

Tafsīr al-Imām al-Shāfi‘ī merupakan karya pertama yang menghimpunkan hampir keseluruhan penulisan al-Shāfi‘ī dalam bidang tafsir. Karya ini mengandungi lebih daripada 745 tafsiran ayat yang didominasi oleh tafsiran ayat-ayat aḥkām. Kajian menerusi kaedah penyelidikan kualitatif ini meninjau signifikan karya ini dalam kehidupan umat Islam di Malaysia. Makalah ini menyimpulkan bahawa selain daripada susur galur sejarah, faktor-faktor penyerapan mazhab al-Shāfi‘ī dalam institusi fatwa dan perundangan, sosio-budaya dan pendidikan serta pengiktirafan mazhab al-Shāfi‘ī sebagai sebuah mazhab negara, meletakkan karya ini sebagai asas rujukan utama bagi mencapai kata sepakat dalam menangani hukum permasalahan yang baru timbul sekaligus mendorong nilai kemajuan bangsa dan agama umat Islam di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Ghazali, N., & Abdullah., M. (2015). Karya Tafsīr al-Imām al-Shāfi‘ī: Tinjauan Kepentingannya dalam Kehidupan Umat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 41, 21–46. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.2
Section
Articles