Meningkatkan Kualiti Amalan Sebagai Tujuan Pendidikan Abū Ḥanīfah Suatu Analisis Perbandingan

Main Article Content

Mohd Anuar Mamat

Abstract

Tujuan pendidikan merupakan antara elemen penting dalam sesebuah proses pendidikan. Ia berkait rapat dengan usaha ke arah merealisasikan pendidikan yang tepat dan berkualiti kepada para pelajar. Makalah ini menjelaskan tujuan pendidikan menurut Abū Ḥanīfah berdasarkan beberapa penulisan beliau. Makalah ini mendapati bahawa antara tujuan pendidikan menurut beliau ialah untuk meningkatkan kualiti amalan. Tujuan pendidikan ini adalah selaras dengan tradisi Islam yang bersumberkan al-Qur’ān, al-Sunnah, para Sahabat dan dikembangkan oleh para sarjana Islam bermula daripada kurun pertama Hijrah sehingga kurun ke-11Hijrah. Analisis tujuan pendidikan menurut para tokoh awal pendidikan Islam seperti makalah ini adalah amat penting supaya hasilnya dapat dijadikan rujukan dan asas dalam membina dan mengembangkan sistem pendidikan dewasa ini. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mamat, M. A. (2013). Meningkatkan Kualiti Amalan Sebagai Tujuan Pendidikan Abū Ḥanīfah Suatu Analisis Perbandingan. Jurnal Usuluddin, 37, 1–32. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7458
Section
Articles