Pengaruh Pemikiran Akidah al-Ghazālī dalam Kitab Jawi Tinjauan Terhadap Kitab Al-Durr Al-Nafīs dan Sayr Al-Sālikīn1
Main Article Content
Abstract
Pemikiran akidah ulama Melayu mempunyai kesinambungan dengan ulama muktabar dunia, seperti dengan Abū Ḥāmid Muḥammad alGhazālī (m. 505H), seperti yang dapat dilihat apabila pemikirannya mendasari beberapa kitab Jawi. Makalah ini meneliti pengaruh tersebut dalam dua karya terkenal di rantau ini iaitu kitab al-Durr al-Nafīs dan Sayr al-Sālikīn. Penelitian ini dilakukan dengan mengupas rujukan dan adaptasi terhadap tulisan dan pemikiran al-Ghazālī yang ada dalam dua karya tersebut. Seterusnya, perbandingan yang dilakukan boleh membuktikan pengaruh yang ada. Akhirnya, makalah ini merumuskan bahawa pengaruh pemikiran akidah al-Ghazālī memang wujud dalam karya-karya yang dikaji, menunjukkan ketokohan al-Ghazālī dari satu sudut, dan kesinambungan pemikiran akidah ulama Melayu dengan tradisi Ahli ’l-Sunnah wa ’l-Jamā‘ah yang lebih awal dan umum, dari satu sudut lain.