Sumbangan Sayyid Qutb dalam Perkembangan Sastera Islam Moden
Main Article Content
Abstract
Sayyid Qutb merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arus kebangkitan Islam. Beliau banyak menerbitkan artikel dan juga buku-buku tentang kesedaran Islam. Dalam arus sastera Islam beliau merupakan tokoh pertama mengemukakan idea dan definisi sastera Islam yang menggamit sarjana lain untuk turut membincangkannya. Kajian ini berkisar di sekitar apakah sumbangan beliau dalam perkembangan sastera Islam moden. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti isu-isu sastera Islam yang dibincangnya, mengemukakan definisi yang diperkatakan, dan menyingkap kesan sumbangan tersebut dalam perkembangan sastera Islam moden. Dapatan kajian menunjukkan beliau merupakan tokoh pertama yang memberi sumbangan dengan megemukakan idea kritikan dan definisi sastera Islam moden yang memberi impak kepada sarjana lain untuk menyemarakkan lagi idea mereka.