Ulasan Buku Muhammad Azman Hamzah Secrets of the Death Sea Scrolls (Singapura: Ze Majeed’s Distributor. 2001), 117 Halaman

Main Article Content

Badlihisham Mohd Nasir

Abstract

Sejarah tiga agama langit iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam telah diterima sebagai suatu anutan yang berdasarkan kepada ketetapan kitab suci masing- masing. Keutuhananya adalah berdasarkan kekuatan dan kebenaran kitab suci yang diterima sebagai sakral serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, penemuan skrol di Laut Mati pada tahun 1947 oleh seorang Arab Badwi yang kehilangan kambing di gua Qumran berdekatan Laut Mati sebaliknya dipercayai memberi kesan yang sangat signifikan kepada ketiga-tiga agama berkenaan. Skrol tersebut bukan sahaja menjadi rebutan di kalangan ahli arkeologi dalam menilai sejarah kota suci Jerusalem yang menjadi konflik hari ini tetapi sangat penting kepada sarjana atau ahli agama yang mahu menilai semula implikasinya kepada kebenaran agama masing-masing. Penulis dalam bukunya Secrets of the Death Sea Scroll yang diterbitkan pada 1993 dan kemudiannya direvisi semula pada 2001 cuba membincangkan beberapa persoalan penting iaitu siapakah yang sebenarnya Jesus?, apakah beliau seorang pemberontak Yahudi, Anak Tuhan atau seorang Rasul?. Skrol ini juga didakwa dapat memberikan gambaran sebenar mengenai ajaran yang dibawa oleh baginda ketika itu. Walaupun buku ini tidak tebal, ia berupaya menyampaikan matlamat penulis melalui sepuluh bab yang dihuraikan secara ringkas tetapi padat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Nasir, B. (2008). Ulasan Buku Muhammad Azman Hamzah Secrets of the Death Sea Scrolls (Singapura: Ze Majeed’s Distributor. 2001), 117 Halaman. Jurnal Usuluddin, 28, 179–184. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7281
Section
Articles