Pemikiran Futuristik dalam Sirah Nabawiyyah: Aplikasi dalam Kepimpinan Islam
Main Article Content
Abstract
Sirah Nabawiyyah memainkan peranan penting di dalam memberi panduan dan pengajaran terhadap aspek kehidupan, merangkumi pemikiran, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam. Ini termasuk pemikiran futuristik yang dapat dikesan dari kebolehan Rasulullah s.a.w. dalam membaca perubahan suasana yang bakal dihadapi oleh Baginda dan para sahabat. Strategi- strategi Baginda dalam perjanjian Hudaybiyyah, Bai’ah ‘Aqabah dan peristiwa Hijrah menggambarkan pemikiran kehadapan Baginda yang menghasilkan kejayaan dakwah Islam. Pemikiran sebegini seharusnya diterapkan dalam kepimpinan Islam pada hari ini yang lebih bersikap reactive dari proactive. Jesteru kertas ini akan mengupas elemen pemikiran futuristik terhadap beberapa peristiwa di dalam sirah Rasul dan mengulas pengaplikasiannya dalam corak kepimpinan Islam kini.