Kefahaman Ilahiyyat dalam Meningkatkan Profesionalisme Menurut Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani
Main Article Content
Abstract
Perbincangan untuk meningkatkan profesionalisme dalam pelbagai bidang yang diceburi sering mendapat tempat dalam pelbagai seminar dan forum. Pelbagai cadangan telah diutarakan dari banyak pihak sama ada dari pihak kerajaan mahupun individu bagi menyelesaikan isu tersebut. Ini kerana ketandusan profesionalisme dalam sesuatu bidang yang diceburi akan membantut usaha untuk mencapai pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah kekosongan jiwa dan kekeringan akidah merupakan antara faktor utama kepada permasalahan tersebut. Justeru, artikel ini mendedahkan pendekatan salah seorang ulama Patani terkenal iaitu Syeikh Zainal Abidin al-Fatani yang terkenal dengan gelaran Tuan Minal bagi meningkatkan profesionalisme melalui pemahaman terhadap Ketuhanan (Ilahiyyat).