Pemikiran Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam

Main Article Content

Joni Tamkin Borhan

Abstract

Pembangunan merupakan konsep yang multi-dimensi dan komprehensif mengandungi persoalan ekonomi dan bukan ekonomi. Pembangunan ekonomi adalah salah satu komponen penting dalam konsep pembangunan yang komprehensif. Ia juga merangkumi aspek-aspek yang boleh diukur dan tidak boleh diukur. Manakala konsep pembangunan ekonomi dalam Islam mengandungi nilai dimana objektif utamanya ialah untuk mencapai kebajikan manusia. Kebajikan manusia ini, menurut Islam tidak dianggap lengkap tanpa pembangunan nilai moral yang tidak dipentingkan dalam teori pertumbuhan ekonomi konvensional. Nilai-nilai moral ini adalah aspek yang tidak boleh diukur dan tidak boleh dipisahkan dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Borhan, J. T. (2008). Pemikiran Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam. Jurnal Usuluddin, 27, 93–107. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6331
Section
Articles