Pengaruh Al-Azhar Terhadap Sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu-Malaysia

Main Article Content

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali
Nor Adina Abdul Kadir

Abstract

Sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu yang lebih moden dan efisen telah dibangunkan oleh tokoh-tokoh terkemuka seperti Allahyarham Prof. Zulkifli, Allahyarham Burhanuddin Helmi, Allahyarham Syed Syeikh Tahir Jalaluddin, Allahyarham Syed Alwi dan beberapa tokoh lain. Para ilmuwan dan pejuang pendidikan ini telah berusaha memperkenalkan metodologi pengajian pendidikan Islam secara lebih sistematik, menyeluruh (mementingkan ilmu dunia dan akhirat), moden, meningkatkan sistem pengajian pondok yang lebih efisen, menyedarkan dan menyuntik elemen pembangunan terhadap masyarakat Melayu yang dibelenggu fikiran jumud khususnya terhadap pendidikan anak-anak perempuan dan sekaligus menjelaskan bahawa Islam adalah agama pembangunan dan agama keintelektualan yang tinggi dan mulia. Kesedaran perihal pentingnya ilmu pendidikan Islam secara lebih bersistematik dan bermetodologi banyak dipengaruhi oleh pemikiran pejuang hebat di Mesir waktu itu seperti, Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh yang telah memperkenalkan bentuk pemikiran yang lebih kritis dan rencam yang didasarkan kepada perubahan dan perkembangan pendidikan al-Azhar. Tulisan ini cuba menerokai pengaruh al-Azhar terhadap perubahan sistem pendidikan pondok kepada sistem pendidikan bersistematik yang mengungguli dualisme pendidikan (duniawi dan ukhrawi) dan kini turut dimanifestasikan dalam sistem pendidikan Islam peringkat universiti-universiti di Malaysia khususnya. Permintaan terhadap kebolehan dan keupayaan graduan lepasan pendidikan agama yang memiliki kelulusan akademik dalam bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, pentadbiran dan sebagainya adalah rentetan daripada pengaruh al-Azhar tadi.


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Khambali @ Hambali, K., & Abdul Kadir, N. A. (2005). Pengaruh Al-Azhar Terhadap Sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu-Malaysia. Jurnal Usuluddin, 22, 27–56. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4231
Section
Articles