Al-Ghazzālī and His Refutation of Philosophy
Main Article Content
Abstract
Makalah ini membincangkan satu isu yang cukup kontroversi dalam Sejarah Falsafah Islam iaitu kritikan al-Ghazzālī terhadap beberapa isu falsafah, khususnya pandangan ahli falsafah mengenai keqidaman alam, kejahilan Allah SWT mengenai al-juziyyāt, dan kebangkitan semula manusia secara berjasad pada hari akhirat. Al-Ghazzālī menerusi kitabnya Tahāfut al-Falāsifah mengkritik al-Farābī dan Ibn Sīnā yang mendokongi gagasan-gagasan idea Falsafah dalam tiga isu besar tersebut. Artikel ini juga menyentuh mengenai implikasi serangan al-Ghazzālī terhadap ahli Falsafah dalam isu-isu kontroversi tersebut yang ternyata memberi kesan yang cukup signifikan terhadap perkembangan Falsafah di dunia Islam, sehinggalah munculnya Ibn Rushd di Andalus yang bangun menjawab hujah-hujah al-Ghazzālī secara ilmiah menerusi kitabnya Tahāfut al-Tahāfut. Artikel ini merumuskan bahawa polemik yang berlangsung di antara al-Ghazzālī dan Ibn Rushd adalah berasaskan pemanfaatan ruang ijtihad di kalangan ulama yang sememangnya wujud dalam tradisi ilmu Islam.