Isu Kafir-mengkafir dan Implikasinya dalam Perkembangan Politik dan Sosial Masyarakat Melayu
Main Article Content
Abstract
Isu kafir-mengkafir adalah antara isu kontroversi yang pernah melanda sejarah politik dan sosial masyarakat Islam amnya dan masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Isu ini biasanya dikaitkan dengan pelbagai sebab dan latar belakang. Dalam masa yang sama ia juga diakui banyak menyumbang kepada pelbagai fenomena dan masalah dalam kehidupan umat Islam amnya. Artikel ini cuba mengemukakan suatu sorotan menyeluruh tentang 'tragedi' kafir-mengkafir dalam masyarakat Melayu, kesan negatif tragedi tersebut dalam perkembangan politik dan sosial masyarakat Melayu di Malaysia dan saranan ke arah bentuk-bentuk penyelesaian yang boleh diusahakan. Objektif utama artikel ini adalah untuk memperlihatkan betapa isu kafir-mengkafir ini bukanlah suatu isu yang boleh dipandang remeh dan dibiarkan tanpa dilakukan usaha berterusan dan dirancang strategi yang efektif bagi menanganinya. Bagi mempersembahkan perbincangannya, penulis memulakan dengan gambaran ringkas tentang fenomena kafir-mengkafir, pengertian dan kategori kafir-mengkafir (takfir) dalam al-Qur'an dan amalan para Sahabat RA., perkembangannya dalam masyarakat Melayu dari aspek punca dan kesannya, seterusnya diakhiri dengan suatu saranan penyelesaian bagi tragedi ini.