Cabaran Kontemporari di Era Globalisasi dalam Pengurusan Masyarakat oleh Pendakwah Selebriti Wanita di Malaysia
Main Article Content
Abstract
Dunia hari ini menyaksikan globalisasi meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan wanita. Globalisasi mencorakkan kehidupan serba kompleks dan mempunyai impak positif dan negatif. Bagi pendakwah selebriti wanita, globalisasi mempunyai cabaran tersendiri dalam mendepani pengurusan masyarakat. Metode kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan pendekatan kajian kes dan menggunakan metod temu bual secara mendalam. Dari segi persampelan, informan yang dipilih adalah dua orang pendakwah selebriti wanita di Malaysia iaitu Isfadiah Mohamed Dasuki dan Norhafizah Musa. Kajian mendapati antara cabaran yang dihadapi oleh mereka adalah kekaburan (ambiguity), kerumitan (complexity), perubahan mendadak (volatility) dan ketidakpastian (uncertainty).
Downloads
Download data is not yet available.
Article Details
How to Cite
Mohd Noordin, F. S., Yusuf, M., & Paad, N. S. (2019). Cabaran Kontemporari di Era Globalisasi dalam Pengurusan Masyarakat oleh Pendakwah Selebriti Wanita di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 47(2), 93–114. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol47no2.4
Issue
Section
Articles