RELIGIOSITY AND MORAL JUDGEMENT: AN EMPIRICAL INVESTIGATION AMONG MALAY MUSLIMS IN MALAYSIA

Authors

  • Rusnah Muhamad University of Malaya, Malaysia

Abstract

Budaya selalu dinyatakan sebagai satu penentu penting di dalam membentuk personaliti dan kelakuan individu. Agama yang merupakan elemen penting budaya dianggap sebagai memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana individu akan bertindak dalam keadaan tertentu. Ramai pengarang menganggap Islam sebagai satu cara hidup dan bukanlah ritual semata-mata. Oleh itu, Islam telah disarankan dapat memberikan kesan yang signifikan ke atas kelakuan individuindividu Muslim, terutama bagi Muslim yang paluh kepada setiap keperluan undang-undang shariah di dalam segala aspek kehidupannya. Beberapa pengarang telah menyarankan agama sebagai dimensi penting didalam penyelidikan berkait dengan etika di Malaysia , terutamanya bagi orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun, konstruk ini pada umumnya telah diabaikan atau telah diambil kira ke dalam konstruk yang lain. Kajian ini menganalisa sama ada tahap pegangan agama (religiosity) individu Muslim Melayu di Malaysia mempengaruhi tanggapan mereka ke atas beberapa amalan-amalan perniagaan tidak beretika yang diamalkan di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2006-07-01

How to Cite

Muhamad, R. (2006). RELIGIOSITY AND MORAL JUDGEMENT: AN EMPIRICAL INVESTIGATION AMONG MALAY MUSLIMS IN MALAYSIA. Jurnal Syariah, 14(2), 87–101. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JS/article/view/22809