Jurnal Bahasa Dan Budaya Jepun diterbitkan setiap tahun oleh Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Artikel-artikel yang dimuatkan dalam jurnal ini memfokuskan kepada aspek-aspek bahasa dan budaya Jepun. Tajuk-tajuk artikel meliputi hasil kajian mengenai kegiatan pembelajaran bahasa Jepun dan kajian perbandingan mengenai bahasa dan budaya Jepun. Tajuk-tajuk terkini berkaitan dengan negara Jepun yang difikirkan mendatangkan manfaat juga diberikan ruang dalam jurnal ini.