Analisis Tren Semasa Demografi Personel Penyenggaraan Bangunan Warisan Di Malaysia
Main Article Content
Abstract
Personel penyenggaraan merupakan antara keperluan sumber terpenting bagi sesebuah organisasi penyenggaraan. Tanpa personel penyenggaraan adalah mustahil kerja-kerja penyenggaraan sesebuah bangunan itu dapat dilaksanakan. Walaubagaimanapun, tinjauan literatur mendapati bahawa kebanyakkan personel penyenggaraan hari ini terdiri daripada kalangan yang tidak terlatih serta tidak berkelayakan. Jesteru itu, kajian ini dilakukan bagi mendapatkan tren semasa demografi personel penyenggaraan dalam praktis pengurusan penyenggaraan bangunan warisan di Malaysia. Instrumen kajian berupa set soalselidik dan diedarkan kepada setiap personel penyenggaraan yang terlibat dari beberapa buah bangunan warisan terpilih. Hasil kajian mendapati kurang satu pertiga daripada bilangan personel yang terlibat mempunyai kelayakan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan warisan. Ini membuktikan bahawa praktis penyelenggaraan hari ini tidak dilakukan oleh personel yang benar-benar berkelayakan. Kajian ini diharap dapat memberi gambaran semasa berkenaan dengan praktis penyenggaraan bangunan warisan dan seterusnya membuka ruang untuk penambahbaikan di masa hadapan.
Kata kunci: bangunan warisan, penyenggaraan, personel, tren demografi
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia