Impak kerja pembinaan baru terhadap bangunan sekitar: Kajian keretakan bangunan di Pusat Bandar Puchong, Selangor
Main Article Content
Abstract
Kebelakangan ini, terdapat beberapa buah kes aduan tentang impak kerja pembinaan
terhadap fizikal bangunan sekitar dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
Sehubungan itu, kajian dijalankan terhadap sebuah kes aduan yang diterima oleh salah
sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
daripada pemilik-pemilik bangunan di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong,
Selangor tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan
mereka. Hasil kajian mendapati wujud hubung kait antara kerja-kerja pembinaan baru
berhampiran yang dijalankan dengan fizikal bangunan-bangunan kajian terlibat. Walau
bagaimanapun, sama ada impak kerja pembinaan baru tersebut ialah punca primer atau sekunder terhadap keretakan bangunan yang berlaku pada bangunan-bangunan kajian adalah sukar ditentukan. Oleh itu, dicadangkan MPSJ khususnya dan PBT amnya
mewujudkan satu garis panduan di peringkat tempatan iaitu bagi setiap pembinaan baru yang akan dijalankan mestilah dilakukan terlebih dahulu pemeriksaan terhadap keadaan bangunan-bangunan sedia ada di sekitarnya. Laporan keadaan bangunan tersebut dapat diguna pakai sekiranya berlaku dakwaan daripada pemilik-pemilik bangunan sekitar terbabit tentang impak kerja pembinaan baru berhampiran terhadap fizikal bangunan mereka.
Kata kunci: bangunan, impak pembinaan, pemeriksaan visual, retak
Downloads
Article Details
COPYRIGHT. All rights reserved. No part of this journal may be reproduced, copied or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, and recording or otherwise without proper written permission from the publisher. Any opinion expressed in the articles are those of the authors and do not reflect that of the Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia