MUSLIMS' ATTITUDE TOWARDS DIVORCE: THE PROBLEM OF FIQHi POSTULATES
Abstract
Penceraian dalam bentuk yang berbeza sebutannya sarna ada
dimulakan oleh si suami atau isteri seharusnya dikawal hingga ke
tahap paling minima sepertimana yang dikehendaki oleh sosioagama
Islam. Alasannnya kerana Nabi Mul;ammad S.A.W telah
mengutuk sekerasnya sikap tidak bertanggungjawab ini yang
dilakukan oleh kadua-dua pihak, wanita dan lelaki. Namun begitu,
perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan pada masa kini
telah mencetuskan fenomena yang amat membimbangkan di
seluruh dunia, term as ukiah di Malaysia3
. Untuk memulihkan
situasi ini, pembaharuan perundangan penceraian acap kali
dilakukan. Bagaimanapun, untuk marljayakan pembaharuan
undang-undang ini, kami berpendapat bahawa kita perlu
menekankan dasar dalil-dalil Syarl'ah yang telah lama terbentuk
dan telah dijadikan sebagai panduan bagi masyarakat umum
untuk mempraktikkannya. Perkara paling penting yang perlu
diambil bra ialah bagaimana dan sejauh manakah orang-orang
Islam memahami aspek penceraian dan prosedurnya sepertimana
telah dijelaskan oleh sebahagian besar 'ulama'- 'ulama' silam'.
Kebanyakan orang menganggap yang mereka dengan mudahnya
boleh mempraktikkan penceraian walaupun ianya bertentangan
dengan apa yang termaktub di dalam Qur'an, kerana sebahagian
daripada 'ulama' membenarkannya. PengetahuanlPendekatan
jahil dalam perundangan Islam sepertimana telah dijelaskan
dalam buku-buku perundangan berkaitan penceraian hanyalah
sebagai ikutan yang memperluaskan lagi permasalahan taqlld,
dan secara seriusnya telah menghalang kejayaan pembaharuan
perundangan penceraian pada masa kini. Oleh itu, melalui kertas
kerja ini, kami cuba untuk membawa para pembaca "kembali
kepada dasar-dasar" dengan objektif utamanya untuk
menyedarkan mereka tentang sebahagian daripada dalil-dalil
Syarz'ah itu adalah yang melingkari pembubaran suatu
perkahwinan. Kertas kerja ini juga membincangkan secara
ringkas gambaran keseluruhan ten tang penceraian serta
prosedurnya di samping menekankan dalil-dalil Syarz'ah dari
kacamata dan nilain Syarz'ah untuk mengenal pasti pendangan
Syari' yang paling konsisten dan sejajar dengannya daripada
pelbagai pandangan ahli-ahli perundangan Islam
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
COPYRIGHT: All rights reserved. Not allowed to be reproduced any part of articles and contents of this journal in any form or by any way, whether electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise without permission in writing from the Chief Editor, Jurnal Syariah.