Komunikasi Strategik dalam Pengurusan Krisis Kepimpinan Organisasi Strategic Communication in Organizational Leadership Crisis Management
Main Article Content
Abstract
Sebagai komunikasi bertujuan yang digunakan bagi mencapai misi dan matlamat yang spesifik, komunikasi srategik tidak terkecuali digunakan oleh organisasi dalam pelbagai tujuan. Ini meliputi penggunaan daripada segi mengurus krisis yang dihadapi oleh organisasi di pelbagai peringkat. Secara amnya, ini terdorong oleh keberkesanan komunikasi strategik dalam mewujudkan kesan komunikasi bersesuaian yang dilihat berupaya membantu organisasi mengaplikasikannya bagi menangani sebarang bentuk krisis yang dihadapi terutamanya krisis kepimpinan. Maka untuk mendalami secara lanjut bagaimana komunikasi strategik dilaksanakan bagi tujuan tersebut, artikel ini akan menjelaskan pelaksanaannya dalam konteks pengurusan krisis kepimpinan organisasi. Penjelasan ini tertumpu kepada tiga aspek utama merangkumi fungsi pengurusan komunikasi dalam mengurus krisis, pemilihan pendekatan komunikasi strategik yang bersesuaian dan pelaksanaan strategi serta teknik komunikasi dalam melaksanakan komunikasi strategik. Perbincangan ini adalah bersandarkan kepada analisis terhadap perolehan data sekunder menerusi dapatan kajian lepas dan pandangan sarjana berkaitan pelaksanaan komunikasi strategik dalam pengurusan krisis kepimpinan organisasi. Menerusi artikel ini, penemuan seperti pemilihan dan pengimplementasian pendekatan komunikasi krisis dalam melaksanakan komunikasi strategik dilihat begitu berkesan dalam membantu organisasi melaksanakan strategi dan teknik komunikasi yang berteraskan kepada Image Restoration Theory yang menawarkan lima solusi seperti menafikan atau menidakkan, mengelakkan daripada bertanggungjawab, mengurangkan kesalahan yang dilakukan, tindakan pembetulan situasi dan pengabaian terhadap perkara berbangkit bagi menangani krisis kepimpinan yang dihadapi oleh organisasi.
Downloads
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.