Sinema Realisme: Representasi dan Reproduksi Realiti Cinema Realism: Representation and Reproduction of Reality

Main Article Content

Abu Hassan Hasbullah

Abstract

The cinema can be thought of as a large cemetery waiting to be excavated and excavated to be resurfaced as a revival movement. The purpose is to see and elevate their past life experiences, or even build on their future life experiences. The preservation of mummy and terra cotta life that is silent in this mummy complex will try to be represented because it is realized that this mummy and terra cotta used to move in reality, only now it is preserved and frozen. So cinema will try for the preservation of life by a representation of life, and mummies or terra cotta as one of the closest examples of which its image can be formed. composed, and raised from both physical (physical; external) and nomos (spiritual; internal) conditions, either in the form of mechanical or psychological reproduction.


Sinema dapat dianggap sebagai satu tanah perkuburan besar yang menunggu untuk digali dan digelidah untuk dimunculkan kembali sebagai satu gerakan penghidupan semula. Tujuannya ialah untuk melihat dan mengangkat pengalaman kehidupan silam mereka, ataupun membina pengalaman kehidupan esok mereka. Preservasi kehidupan mumia dan terra cotta yang bungkam dalam kompleks mumia ini akan cuba direpresentasi kerana disedari mumia dan terra cotta ini pernah bergerak dalam realiti, cuma ketika ini ianya terawet dan beku. Jadi sinema akan cuba untuk preservation of life by a representation of life, dan mumia atau terra cotta sebagai satu contoh paling dekat iaitu imejnya boleh dibentuk. digubah, dan dibangkitkan baik dari kondisi fizik (fizikal; zahir) dan nomos (spiritual; batin), baik dalam bentuk reproduksi secara mekanikal ataupun psikologikal.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles