BAHASA KEBANGSAAN DALAM SITUASI KOMUNIKASI HARIAN:KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR MELAYU DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA THE NATIONAL LANGUAGE IN DAILY COMMUNICATION: A SURVEY OF MALAY TUDENTS AT THE NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA

Main Article Content

Amirul Mukminin Mohamad
Sofia Ayup
Noorhazila Mohamad Hamid
Zuraini Mohaidin

Abstract

Abstrak


Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak lagi memberatkan Bahasa kebangsaan, malahan mempamer kemahiran penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah. Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan penggunaan bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian oleh pelajar berbangsa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, daripada aspek komunikasi tidak rasmi bersama keluarga dan masyarakat sekeliling serta komunikasi untuk urusan di lokasi tertentu. Kajian tinjauan berbentuk campuran ini melibatkan seramai 261 orang pelajar prasiswazah Melayu di UKM dari pelbagai fakulti serta disiplin ilmu. Kutipan data dilakukan melalui borang soal selidik dalam talian iaitu Google Form serta temu bual separa berstruktur. Data kajian kuantitatif dianalisis
menggunakan analisis statistik deskriptif secara peratusan manakala data kualitatif dianalisis melalui kaedah analisis tematik dan kandungan. Skala likert lima mata bagi nilai kekerapan tersebut ditandai sebagai ‘Setiap Masa’, ‘Kerap’, ‘Kadang-Kadang’, ‘Jarang’ dan ‘Tidak Pernah’. Hasil analisis menunjukkan catatan peratusan di bawah 70% bagi skala penggunaan bahasa kebangsaan pada setiap masa untuk situasi bersama kawan-kawan (63.6%), ketika berjumpa orang baharu atau tidak dikenali (54.4%), Ketika urusan membeli-belah di pusat beli-belah (57.9%) dan ketika berbual bersama rakan-rakan sekuliah (65.9%). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa alternatif yang menjadi kecenderungan untuk digunakan sama ada dalam situasi bersama orang sekeliling mahupun berurusan di lokasi tertentu. Hasil kajian ini diharap berupaya untuk menyumbang kepada perancangan program, kursus dan langkah bersesuaian dalam menyemai serta menyemarakkan penggunaan dan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar di Malaysia. Selain pelajar Melayu, kajian serupa yang difokuskan kepada pelajar bukan Melayu merupakan satu perancangan kajian akan datang untuk melihat skop ini dari perspektif yang berbeza.



Kata kunci: Bahasa Kebangsaan; Pelajar Melayu; Komunikasi Harian; Sosiolinguistik; Penggunaan Bahasa


 


Abstract



Various social media and excessive exposure to foreign languages and cultures have caused many Malay students in Malaysia to dismiss the National Language, affecting their language skills. Hence, this study aims to analyse the frequency of the usage of the Malay language in daily communication among Malay students at the National University of Malaysia (UKM), from informal communication between family members and the community to public affairs. The study utilised a Google Forms survey of 261 respondents comprising multidiscipline undergraduate students at UKM and partially structured interviews. Quantitative data retrieved was analysed using a percentage-based descriptive statistical analysis, whereas the qualitative ones were examined through thematic and content analysis. The survey used a five-point Likert Scale with values marked ‘Every Time’, ‘Frequent’, ‘Sometimes’, ‘Occasionally’ and ‘Never’. Results showed the frequency of usage of the National Language at below 70 per cent in different circumstances for ‘Everytime’: among friends at 63.6 per cent, meeting new people at 55.4 per cent, shopping in malls at 57.9 per cent and chatting with classmates at 65.9 per cent. It was also found that English was the preferred language alternative when speaking to people around and at specific locations. Overall, the findings are expected to contribute to planning programmes, courses and appropriate measures to inculcate the use of the national language among Malaysian students. Besides Malay students, similar studies may be done on non-Malays to garner fresh perspectives.



Keywords: Malay language; national language; Malay; communication; language use


 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Amirul Mukminin Mohamad, Sofia Ayup, Noorhazila Mohamad Hamid, & Zuraini Mohaidin. (2023). BAHASA KEBANGSAAN DALAM SITUASI KOMUNIKASI HARIAN:KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR MELAYU DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: THE NATIONAL LANGUAGE IN DAILY COMMUNICATION: A SURVEY OF MALAY TUDENTS AT THE NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 34(2), 81–101. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/47611
Section
Articles