KAJIAN IDENTITI PELAJAR -PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN: HUBUNGAN DALAM KELOMPOK SOSIAL ‘IN-GROUP’ DAN ‘OUT-GROUP’ SELF-IDENTITY OF MALAYSIAN STUDENTS IN JAPAN: SOCIAL RELATIONSHIPS IN A GROUP OF 'IN-GROUP' AND 'OUT-GROUP'

Main Article Content

Zainol Abidin Kasim

Abstract

Artikel ini merujuk kepada kajian berkaitan identiti pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal dalam budaya persekitaran Jepun dan memberi tumpuan kepada analisis perbandingan dapatan antara amalan identiti Melayu berteraskan Islam dan Jepun. Oleh kerana bilangan pelajar Malaysia di Jepun bertambah, perbincangan merangkumi perbandingan identiti sama ada responden mengamalkan identiti diri secara berterusan atau ada menyesuaikan identiti mereka dengan identiti Jepun. Kelompok sosial pelajar Malaysia di Jepun sebagai kelompok minoriti dipanggil kelompok in-group manakala masyarakat Jepun sebagai kelompok dominan dipanggil kelompok out-group.Kelompok ingroup dan out-group merupakan tingkah laku dalam kelompok sosial yang telah diperkenalkan oleh Tajfel dan Turner (1982). Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah kaedah identiti sosial memberi tumpuan kepada aktiviti kelompok in-group dan out-group dan kehidupan seharian pelajar. Identiti sosial adalah perasaan seseorang berdasarkan keahlian kelompok mereka berada. Mereka cenderung untuk membesar-besarkan perbezaan dan persamaan di antara kelompok. Jika mempunyai elemen yang sama dan rasa simpati dan perasaan dekat sesama mereka dipanggil in-group dan sifat yang berlainan serta wujud sikap antipati dengan yang lain dipanggil out-group. Dalam kajian ini, pada dasarnya kelompok in-group adalah pelajar Malaysia dan out-group adalah orang-orang Jepun. Pelajar yang mempunyai kesedaran etnik dan diri yang kuat tidak mudah dipengaruhi oleh masyarakat dominan berbanding dengan pelajar yang mempunyai kesedaran etnik dan diri yang kurang. Pelajar Malaysia akan bergaul dengan orang-orang Jepun dan berlaku penerimaan, penerapan atau konflik identiti sepanjang hubungan sesama mereka sama ada di kampus atau semasa menjalani aktiviti dalam kehidupan seharian.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles