Hukum Bergadang dan Qaza’ Menurut Pandangan Kh. Abdul Hamid (W. 1352 H/1933 M.) dalam Karyanya Tarjuman Law of Stay Awake In Night And Cumulus From The View Of Kh. Abdul Hamid (D. 1352 H./1933 M.) in Tarjuman Book

Main Article Content

Imamuddin
Abdul Karim Ali

Abstract

Kitab Tarjuman adalah kitab yang dikarang oleh Kiai Haji (KH) Abdul Hamid bin Kiai Ithbat (W. 1352 H./1933 M.). Telah sekian lama kitab ini menjadi salah satu rujukan para pelajar pondok pesantren dan masyarakat dalam bidang ilmu tauhid, fiqh, tajwid, akhlak dan lainnya yang menjadi landasan asas kepada amalan dalam pembentukan kerohanian masyarakat Islam terkhusus di Madura. Ia ditulis dengan tulisan Jawi yang berbaris dengan menggunakan bahasa Madura. Di samping untuk mengenal pasti hukum bergadang dan qaza’ dalam kitab Tarjuman, kajian ini juga menjelaskan biografi KH. Abdul Hamid dan huraian am mengenai kitab Tarjuman Kajian ini adalah kualitatif. Beberapa data dikumpul melalui kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan secara temu bual. Kajian mendapati bahawa KH. Abdul Hamid merupakan seorang tokoh ulama yang solutif terhadap permasalahan masyarakat. Seterusnya penjelasan mengenai hukum asal kepada bergadang adalah makruh bahkan boleh menjadi haram jika melibatkan perkara yang haram. Begitu juga mengenai hukum asal qaza’ kepada adalah makruh jika tidak menyerupai dengan orang fasiq atau kafir.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles