Pemikiran Hadith Dr Abdul Hayei Abdul Sukor

Main Article Content

Monika @ Munirah Abd Razzak
Nik Mohd Zaim Ab Rahim

Abstract

Dr Abdul Hayei Abdul Sukor merupakan seorang tokoh hadith tanah air yang banyak menyumbangkan pemikirannya dalam bidang hadith menerusi penulisannya. Beliau merupakan seorang yang aktif memberikan pandangan dan ulasan mengenai kefahamannya terhadap hadith. Artikel ini akan cuba memaparkan pemikiran hadith Abdul Hayei Abdul Sukor menerusi karya-karya yang dihasilkannya. Analisis akan memfokuskan kepada ulasan terhadap pemikiran hadith Abdul Hayei Abdul Sukor dalam beberapa karyanya dari sudut riwayah al-hadith, dirayah hadith dan Sharh hadith. Hasil analisis mendapati Abdul Hayei Abdul Sukor amat menitiberatkan penggunaan hadith-hadith sahih dalam berhujah.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles