Pemerkasaan Pengajian Al-Qur’an Di Perguruan Tinggi Agama Islam (Ptai) Di Indonesia: Kajian Di Institut Ilmu Al-Qur’an (Iiq) Jakarta

Main Article Content

Nurjanah Achmad
Mustaffa Abdullah
Mohamad Azrien Mohd Adnan

Abstract

Selama ini terkesan bahawa pengajian al-Qur’an di Perguruan Tinggi Agama Islam (PTAI) masih bersifat monoton dan tidak variatif. Selain itu pula, pengajian al-Qur’an juga masih dihadapkan segudang persoalan, di antaranya kerana secara am masih bertumpu pada kitab klasik, metode pengajaran konvesional, teknologi terhad dan profesionalisme pengajar. Sementara, dunia kini memerlukan jawapan atas permasalahan umat yang semakin berkembang dari masa ke semasa. Rentetan itu, penyelidik menawarkan idea pemerkasaan di Institut Ilmu al-Qur’an (IIQ) Jakarta-Indonesia sebagai sebuah institusi khas bidang al-Qur’an yang tersohor di Indonesia. Justeru, pemerkasaan pengajian al-Qur’an diharapkan dapat menjadi sarana pengembangan dan evaluasi pengajian al-Qur’an di masa hadapan.


       Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Temubual berstruktur telah digunakan sebagai kaedah pungutan data utama dan disokong dengan penelitian dokumen penting yang berkaitan. Proses analisis data pula dilakukan dengan menggunapakai metode analisis tematik. Seramai lima orang informan telah ditemubual iaitu: Dekan Fakulti Usuluddin dan Dakwah IIQ, Ketua Jabatan Ilmu al-Qur’an dan tafsir (IAT) dan tiga orang pensyarah di jabatan IAT.


       Pemerkasaan pengajian al-Qur’an di IIQ dilaksanakan dalam empat aspek iaitu penilaian kurikulum dan silibus, pemantapan metode pengajaran, pemanfaatan dan pengembangan ICT serta peningkatan profesionalisme tenaga pengajar. Pelaksanaan program pemerkasaan yang disarankan, diharap mampu melonjakkan IIQ sebagai satu pusat rujukan yang berwibawa dalam pengajian ilmu al-Qur’an sekaligus dapat melakar transformasi mencipta kecemerlangan menjelang 50 tahun penubuhannya. Ianya juga boleh dijadikan rujukan oleh IPTA atau IPTS lainnya sama ada di Indonesia mahupun di Malaysia untuk mengambil langkah memperkasakan lagi bidang pengajian al-Quran agar setaraf dengan bidang pendidikan arus perdana yang lain.


Kata kunci: pemerkasaan, pengajian al-Qur’an, PTAI, IIQ dan IAT.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles