Kemasukan Islam ke Arkipelago Melayu: Kajian Pemikiran Hamka dalam Sejarah Umat Islam

Main Article Content

Ahmad Nabil Amir

Abstract

Kertas ini membincangkan sejarah kemasukan Islam ke rantau melayu seperti yang dicatatkan oleh Hamka dalam Sejarah Umat Islam dan Dari Perbendaharaan Lama. Dalam penelitiannya yang signifikan tentang sejarah perkembangan Islam di nusantara, Hamka tuntas mempertahankan kenyataan bahawa Islam masuk ke rantau ini pada kurun ke 7 M dari tanah Arab, dan menolak tesis yang menyatakan Islam disebarkan pada kurun ke 13 dari Gujerat. Ini dipertahankan dengan sumber sejarah yang signifikan yang membuktikan Islam telah bertapak di dunia melayu seawal kurun ke 7. Kertas ini akan menganalisis pemikiran Hamka tentang perkembangan sejarah terawal Islam di dunia melayu yang dicerakinkan dan dibahaskan dengan terperinci dalam karyanya, dan membandingkannya dengan analisis Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu yang mempertahankan tesis yang sama.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles