Takhrij dan Analisis Hadith-Hadith Kitab Jual Beli daripada Kitab Bulughul Maram Karya al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani

Authors

  • Mohd Muhiden Abd Rahman
  • Mohamad Azrien Mohamed Adnan
  • Mohd Bakhit Haji Ali

Keywords:

Takhrij, hadith-hadith kitab jual beli, kitab Bulughul Maram

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti sumber ambilan hadith-hadith ‘Kitab Jual Beli’ daripada Kitab Bulughul Maram min `Adillat al-Ahkam’ karya al-Hafiz ibn Hajar (m.852H) serta statusnya. Hadith-hadith tersebut akan dianalisis daripada aspek metode penulisan serta tanasub atau kesesuaiannya dalam bab-bab jual beli. Bagi mengenalpasti sumber dan status hadith, metode takhrij hadith berdasarkan tema akan digunakan. Manakala metode tahlili akan digunakan bagi menganalisis hadith dari segi kesesuaian tema-tema yang telah dibentuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 70% daripada hadith yang ditakhrij adalah sahih dan bersumberkan kitab-kitab hadith yang berautoriti dan muktabar. Sembilan puluh lima peratus daripada hadith yang dipilih adalah relevan dan sesuai dengan bab jual beli.

Downloads

Downloads

Published

2020-06-27

How to Cite

Abd Rahman, M. M., Mohamed Adnan, M. A., & Haji Ali, M. B. (2020). Takhrij dan Analisis Hadith-Hadith Kitab Jual Beli daripada Kitab Bulughul Maram Karya al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani. Al-Basirah Journal, 10(1), 1–13. Retrieved from https://ajba.um.edu.my/index.php/ALBASIRAH/article/view/24596

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>