Keutamaan Ilmu Dalam Jaringan Pendidikan Islam di Antara Johor dan Pahang Pada Abad ke 19M

Main Article Content

Nurulwahidah Fauzi

Abstract

Pendidikan Islam adalah wadah yang terbaik dan dinamik bagi pembentukan insan yang kamil dan syamil secara sepadu dan seimbang berteraskan prinsip akidah, syariat dan akhlak bersumberkan al-Quran dan sunah ijmak. Proses yang melibatkan unsur taklim, tarbiah dan ta’dib yang terancang mampu mengembangkan potensi jiwa, intelek, emosi dan jasmani sehingga tercerna jiwa kehambaan yang menjadi asas pelaksanaan tanggungjawab kekhalifahan bagi mencapai hasanah di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini berusaha bagi menjawab beberapa objektif utama nya, antaranya i) menilai keutamaan  ilmu dan pendidikan menurut perspektif  al-Quran dan Sunnah, ii) menelusuri proses kebangkitan ilmu dalam kalangan masyarakat Islam di Nusantara khususnya di Johor dan Pahang pada abad ke 19M. Metodologi kajian yang dijalankan ialah melalui metod kepustakaan dan Analisa kajian yang akan digunakan ialah metod induktif dan metod deduktif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang erat dari sudut jalinan kerjasama di dalam proses perkembangan ilmu di kedua-dua negeri , di dalam mengangkat martabat agama Islam ke taraf yang tertinggi dalam amalan kehidupan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

Section
Articles