Factors fostering the formation of spin-off companies by selected universities in Malaysia

Authors

Abstract

Spin-off bermula dan universiti dan juga institusi-institusi penyelidikan yang ditubuhkan sama ada oleh pelajar mahupun pekerja di sesebuah organisasi berkenaan. Untuk melibat sejauhmana pentingnya pembentukan spin-off, kajian ini memfokuskan kepada proses membuat keputusan untuk membentuk spin-off itu dilakukan. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi proses membentuk syarikat spin-off. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kenapa penyelidik memilih untuk menubuhkan syarikat spin-off dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan syarikat tersebut. Data diperolehi daripada 15 orang responden dan dianalisis menggunakan perisian NVivo versi 2.0. Daripada kajian yang dijalankan, didapati faktor-faktor utama yang mempengaruhi keputusan untuk membentuk syarikat spin-off adalah kesedaran dalam kalangan para penyelidik, pembuat polisi, pihak kerajaan, pihak universiti dan juga usahawan-usahawan daripada luar. Dalam masa yang sama, didapati pembentukan syarikat spin-off juga dipengaruhi oleb peluang, motivasi, peranan Technology Transfer Offices (TTO), peranan para penyelidik, latar belakang teknologi dan juga insentif ataupun sistem ganjaran yang ditawarkan.

Published

2017-06-08

How to Cite

Factors fostering the formation of spin-off companies by selected universities in Malaysia. (2017). The Malaysian Journal of Social Administration, 8(1), 131-146. http://ajba.um.edu.my/index.php/MJSA/article/view/3218